HOME

PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam dibina bagi memenuhi keperluan Pendidikan Islam secara holistik, bersepadu dan berkembang serta bersifat autentik selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara.
Pendidikan Islam sekolah rendah (Tahun 2) memberi penekanan kepada konsep ilmu oleh Imam al-Ghazali. Ilmu dalam Pendidikan Islam merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. Oleh itu, bagi memenuhi keperluan ilmu, kurikulum Pendidikan Islam dibangunkan merangkumi tujuh bidang iaitu Al-Quran, hadis, akidah, ibadah, sirah, adab dan jawi. Ilmu dari bidang-bidang tersebut yang merangkumi pengetahuan , kemahiran dan nilai perlu disampaikan dengan berkesan melalui pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang lebih menarik dan sesuai bagi memenuhi keperluan kemahiran abad 21.
OBJEKTIF
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam Tahun 2 bertujuan
membolehkan murid mencapai objektif berikut:
i. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian
ii. Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk mengamalkan hafazannya dalam solat dan ibadat harian
iii. Memahami sejarah penurunan al-Quran dan maksud beberapa surah terpilih untuk dihayati dan dihayati pengajarannya secara berterusan
iv. Membaca al-Quran menggunakan hukum tajwid dengan betul secara berterusan
v. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih dan mengamalkan tuntutan hadis serta menghayati kepentingannya dalam kehidupan seharian
vi. Meyakini dan merumuskan asas-asas akidah untuk diamalkan sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan harian serta asas dalam tindakan
vii. Merumus dan mengamalkan konsep asas ibadat sebagai memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah untuk diamalkan secara istiqamah dalam kehidupan harian
viii. Merumuskan peristiwa dan mengaplikasikan iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda dan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan harian
ix. Merumus, menghayati dan mengamalkan konsep adab dan nilai-nilai akhlak dalam kehidupan harian serta sebagai asas dalam tindakan
x. Membaca, membina dan menulis ayat atau teks dalam tulisan jawi dan khat serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.
Follow My Blog
Get new content delivered directly to your inbox.